Friday, June 19, 2020

Nikmat mana yang kau nak dustakan?

1. Alhamdulillah sebab ada Pak Lan, yang banyak tolong kami memudahkan urusan kami.
2. Alhamdulillah dapat minum air detox harini (Celery, apple, nanas)
3. Alhamdulillah dapat shave bulu Ayok after sooo long
4. Alhamdulillah dikurniakan circle of family and friends yang baik-baik
5. Alhamdulillah, masih diberi peluang bersedekah makanan kat burung
6. Alhamdulillah, abah & Faris dapat pergi solat Jumaat again after months
7. Alhamdulillah, dipertemukan semula dengan kawan lama yang sangat baik
8. Alhamdulillah, dapat baca buku Talk to Allah by Ayesha Syahira. Semoga lepas ni, lebih banyak bercakap dengan Allah dan lebih akrab dengan Allah.
9. Alhamdulillah, masih ada 5 pancaindera (mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu, lidah untuk merasa, dan kulit untuk menyentuh)
10. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik untuk bergerak kesana kesini dan beribadah kepada Mu.

Love,
Bie

No comments:

Post a Comment